dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembaharuan Lesen SSM Melalui Akaun Ezbiz

11 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2022, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Encik Muhammad Raziz bin Mohd Radi untuk memperbaharui lesen SSM milik beliau. Beliau merupakan antara penerima insiatif di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang pernah dibantu oleh PEDi Tanjung Piai. Memandangkan lesen SSM milik beliau telah tamat tempoh selama satu tahun, maka beliau ingin memperbaharuinya menggunakan akaun Ezbiz.

Beliau ingin memperbaharuinya selama dua tahun beserta dengan maklumat perniagaan dengan jumlah bayaran sebanyak RM 130.00. Walau bagaimanapun, Encik Raziz dikenakan denda sebanyak RM 30.00 kerana lewat memperbaharui dengan keseluruhan berjumlah RM 160.00. Kaedah memperbaharuinya adalah mudah dengan cara log masuk terlebih dahulu ke akaun ezbiz miliknya, kemudian memasukkan nombor pendaftaran sehingga ke peringkat pembayaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.