dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh

27 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen perniagaan SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah memasuki edisi yang kedua puluh dikelolakan oleh pihak PEDi Tanjung Piai. Pendaftaran ini dijalankan pada 26 Julai 2022 selama satu jam bersama Puan Siti Hawa binti Salimin. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang tinggal di Kampung Ayer Baloi, Pontian. Memandangkan beliau sudah selesai pendaftaran akaun Ezbiz SSM maka beliau boleh mendaftarkan perniagaan beliau secara terus melalui atas talian.

Bermula dengan pemilihan nama perniagaan, memasukkan butiran alamat perniagaan, jenis perniagaan dan lampiran pembuktian penerima BPR. Memandangkan beliau merupakan penerima BPR maka tiada pembayaran fii yang dikenakan oleh pihak SSM pada kali ini. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar sehingga selesai secara keseluruhannya. Nama perniagaan beliau didaftarkan dengan nama Fikri Hakimi HH Legacy. Di samping itu juga, beliau sempat diterangkan mengenai fungsi Kod QR SSM Biztrust.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.