dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kesembilan Belas

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Puan Al – Hasanah binti Noor yang tinggal di Kampung Sungai Kuali telah menghubungi Pengurus PEDi untuk membantu beliau mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan percetakan melibatkan pelbagai kategori seperti kad kahwin, bunting dan gegantung. Memandangkan beliau merupakan penerima BPR maka adalah layak untuk beliau memperolehi lesen SSM secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang sudah memasuki edisi kesembilan belas.

Segala butiran peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, nama emel dan gambar bersama kad pengenalan telah diberikan sebagai langkah awal. Memandangkan beliau baru hendak mendaftarkan lesen SSM maka Pengurus PEDi menerangkan kepada beliau penerangan secara menyeluruh tentang SSM sehingga ke peringkat proses janji temu terlebih dahulu. Perkara ini termasuk Kod QR SSM BizTrust yang bakal beliau perolehi kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.