dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kelapan Belas

20 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen perniagaan SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) siri yang kelapan belas telah diadakan bersama dengan Encik Murad bin Ramli. Beliau merupakan penduduk asal dari kawasan Taiping di Perak namun telah menetap di mukim serkat. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 3.00 petang setelah hebahan mengenai kebolehupayaan PEDi membuat lesen perniagaan SSM secara percuma.

Beliau membawa segala dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan butiran maklumat peribadi yang lain. Selain memberikan kerjasama yang baik, beliau juga sempat diterangkan mengenai perkhidmatan yang terdapat di PEDi dan fungsinya kepada komuniti setempat. Beliau juga telah didaftarkan janji temu sebagai antara prosedur awal dalam langkah membuat lesen SSM melalui SPPP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.