dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Ketujuh Belas

19 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen perniagaan SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah memasuki edisi ketujuh belas yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi. Pada edisi kali ini, Cik Nurahaffiza binti Mohamad Aziz telah berdaftar untuk memperolehi lesen SSM beliau secara percuma. Hal ini memandangkan beliau merupakan antara penerima BPR/BPN pada tahun 2021 maka beliau layak untuk menjadi sebahagian daripada penerima di bawah SPPP dalam kategori usahawan B40. Cik Nurahaffiza merupakan usahawan yang berasal dari Shah Alam Selangor dan beliau mengetahui akan informasi mengenai PEDi melalui hebahan Whatsapp Group antara peniaga.

Proses permulaannya adalah seperti biasa dengan mendaftarakan akaun beliau terlebih dahulu melalui Ezbiz SSM. Dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, nama emel, penciptaan username dan password serta gambar bersama kad pengenalan turut sama diberikan dalam proses awal pendaftaran. Sesudah itu, beliau dikehendaki untuk membuat janji temu melalui panggilan video bersama pegawai SSM bagi tujuan pengesahan akaun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.