dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Sistem Atas Talian & Kemaskini Pendapatan Dalam Sistem SPATKPM

8 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Puan Nalita Suleiman atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Cik Odah telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu dari segi mengemaskini sistem pemprofilan murid dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui era pasca pandemik pendidikan masa kini, setiap penjaga perlu mengemaskini murid melalui Modul Pengurusan Murid secara atas talian. Kaedah ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan ibu bapa boleh melihat kehadiran dan profil anak-anak mereka ketika di sekolah. Oleh yang demikian, beliau telah dibantu oleh Pengurus PEDi untuk didaftarkan sistem SPATKPM memandangkan tiada lagi pendaftaran secara manual dijalankan.

Pendaftaran sistem SPATKPM ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja pada hari jumaat bersamaan 7 Januari 2022 pada jam 5.00 petang sehingga 5.30 petang. Apa yang lebih memudahkan beliau ialah pihak sekolah sendiri mengarahkan agar mana-mana ibu bapa agar mengunjungi Pusat Internet yang berhampiran sekiranya tidak mempunyai capaian internet yang baik atau pun tidak mahir mengisi sesuatu borang secara atas talian. Secara tidak langsung membolehkan ahli komuniti yang berdekatan untuk hadir ke PEDi dan menerapkan interaksi yang baik antara pengguna dan kakitangan PEDi. Setelah selesai mendaftarkan sistem SPATKPM untuk Puan Nalita, beliau turut diterangkan mengenai nama PEDi yang menggantikan nama PIK pada sebelumnya serta beberapa penerangan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.