dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran MyData SSM

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang penduduk setempat iaitu Puan Nur Atiqah binti Mohamad dalam mendapatkan kembali salinan lesen perniagaan SSM milik beliau. Oleh yang demikian, Puan Atiqah telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 14 Jun 2022 bersamaan hari selasa jam 4.00 petang. Beliau telah dibimbing menggunakan kaedah MyData SSM yang merupakan salah satu platform di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hal ini demikian kerana, lesen perniagaan SSM beliau telah hilang dan beliau memerlukan cetakan yang baru bagi tujuan penyimpanan.

Langkah pertamanya adalah dengan daftar masuk terlebih dahulu memandangkan Puan Atiqah belum mempunyai akaun di MyData SSM. Seterusnya, beliau diarah untuk mencari kata kunci bagi nama syarikat beliau dalam senarai perniagaan di SSM dan perlu menambah ke troli segala jenis dokumen yang beliau perlukan. Selain memerlukan lesen perniagaan SSM sebagai induk yang utama, beliau turut memerlukan maklumat perniagaan bagi rekod penyimpanannya. Jumlah yang perlu beliau bayar untuk mendapatkan semula lesen SSM yang telah hilang adalah sebanyak RM 31.66 sen merangkumi cas transaksi dan SST.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.