dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) & Kuiz Digital

19 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2022 bersamaan hari ahad telah berlangsungnya satu program taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan kuiz digital anjuran PEDi Tanjung Piai. Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program yang dijalankan di dalam bilik latihan. Program ini bermula pada jam 10.00 dan berakhirnya sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari serta dikelolakan sepenuhnya oleh petugas PEDi. Program dimulakan dengan pengenalan terlebih dahulu mengenai apakah itu Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para peserta selama lebih kurang 20 minit sebelum beralih ke permainan kuiz secara digital.

Kuiz secara digital ini dibahagikan kepada dua melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Kuiz yang berpaksikan kepada teka silang kata dan WordWall ini semememangnya mampu menarik minat para pelajar. Kuiz yang berteraskan kepada permainan ini bukanlah bertujuan mengkhayalkan para pelajar akan tetapi melatih mereka berfikiran cerdas dan mahir akan ilmu pengetahuan di sekeliling mereka. Kuiz yang digitalkan ini adalah berkonsepkan kepada Matematik, IT dan Islamik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.