dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Shopee Bersama Ikon Usahawan PEDi

26 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi telah melakukan tinjauan dan lawatan ke rumah ikon usahawan PEDi Tanjung Piai pada 25 November 2022. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan kelas shopee di premis perniagaan beliau yang terletak berhampiran dengan PEDi. Premis perniagaan beliau menempatkan segala barangan jualan beliau yang berpaksikan kepada cendawan hiasan termasuk kumbang, bunga dan aksesori hiasan taman yang lain. Memandangkan jualan beliau di Shopee ada mengalami pengurangan, maka pihak PEDi ingin membantu melihat kedai akaun Shopee beliau untuk ditambah baik dan dikemaskini.

Kunjungan ini dilakukan pada jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Selain dapat meninjau keadaan premis Puan Noraini, kakitangan PEDi juga banyak bertanya tentang kaedah pemasaran beliau termasuk yang diniagakan selain platform e-dagang. Selain bertanya khabar dan memperkenalkan Penolong Pengurus yang baru kepada Puan Noraini, beliau juga sempat menunjukkan beberapa produk baru yang beliau bercadang ingin mengetengahkannya di Shopee. Penolong Pengurus PEDi juga ada mengemukakan beberapa idea baru kepada Puan Noraini dalam usaha untuk memastikan barangan beliau di Shopee kembali mendapat perhatian pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.