dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Usahawan PEDi Penerima Geran PKS Makmur Johor 2022

19 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pihak petugas PEDi Tanjung Piai ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Sudin bin Mohamad atau lebih mesra dipanggil Pak Din atas kejayaan penerima geran PKS Makmur Johor bagi tahun 2022. Beliau merupakan usahawan yang acap kali mendapat bimbingan daripada pihak PEDi berkaitan maklumat atau bantuan berkaitan perniagaan yang ditawarkan. Pak Din yang merupakan salah seorang usahawan kedai gunting rambut di mukim serkat telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk memohon bantuan geran yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) pada bulan April yang lalu.

Walaupun dengan sekadar mencuba, namun pada akhirnya Pak Din terpilih sebagai salah seorang penerima geran kelolaan PUJB ini di bawah perkhidmatan Gunting Rambut. Hasil pertolongan daripada pihak PEDi dan kerjasama yang baik dari segi maklumat yang diberikan oleh Pak Din membolehkan urusan permohonannya berjalan dengan lancar. Geran yang diluluskan kepada Pak Din berupa barangan seperti kerusi, gunting, pengering rambut, sikat dan seumpamanya dianggarkan bernilai lebih RM 7 ribu ringgit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.