dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) Bertajuk Maklumat Palsu

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan bersama dua orang pelajar Sekolah Kebangsaan Serkat pada 17 Julai 2022 iaitu bersamaan hari ahad. Mereka telah hadir ke PEDi Tanjung pada sesi petang iaitu pada jam 4.00 petang untuk melayari komputer. Namun demikian, mereka terlebih dahulu telah diajak oleh Pengurus PEDi bagi sesi kelas KDB yang bertajuk Maklumat Palsu. Mereka berdua telah diarahkan untuk membuka slaid yang dipaparkan dan perlu membaca secara bergilir-gilir.

Seandainya ada di antara mereka yang tidak faham maka mereka digalakkan untuk bertanya. Kelas berbentuk santai ini berlangsung selama setengah jam sahaja dengan tajuk Maklumat Palsu dipilih kerana dekat dengan persekitaran kedua-dua pelajar ini. Setelah selesai kelas, mereka akan diberikan saguhati oleh pihak PEDi sebagai tanda penghargaan berupa barangan-barangan KDB.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.