dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip Dance Mat Typing Siri Ketiga Tahun 2022

22 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas menaip Dance Mat Typing untuk siri ketiga bagi tahun 2022 telah diadakan pada 21 Februari iaitu bersamaan hari isnin. Pada sesi pembelajaran kali ini, seramai dua orang pelajar telah hadir iaitu Muhammad Fakhrul Aisy bin Fahrudin dan Muhammad Fakhrul Thaqif bin Fahrudin. Kedua-duanya merupakan pasangan adik-beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serkat. Ibu mereka iaitu Puan Naimah binti Md Yusoff telah menghubungi Pengurus PEDi untuk menghantar kedua-dua anaknya ini agar dapat mempelajari ilmu berkaitan ICT khususnya berkaitan komputer.

Kelas ini merupakan kali kedua pasangan dua beradik ini mengikutinya setelah sebelumnya mereka hadir pada 20 Februari. Pengajarannya masih berfokuskan kepada kaedah menaip mengikut abjad yang tertera pada skrin komputer. Selain bertujuan untuk melatih jari, minda para pelajar juga turut cekap dalam mengenal huruf yang terdapat pada papan kekunci secara tidak langusng akan mudah diingati. Ayat yang tertera pada skrin komputer ketika kelas ini sememangnya berpaksikan kepada bahasa Inggeris asas yang mudah untuk kedua-dua pelajar ini fahami. Kelas ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.