dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT Menaip Dance Mat Typing

26 November 2022 | Aktiviti Terkini

Seorang pelajar Tabika dan dua orang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat telah menghadirkan diri dalam kelas asas ICT menaip Dance Mat Typing di PEDi Tanjung Piai. Kelas ini diadakan pada 25 November 2022 pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Tiga orang pelajar ini diajar menggunakan kaedah menaip terlebih dahulu secara digital. Selain memperkenalkan kepada mereka tentang aksesori komputer secara asas, kelas menaip ini sudah semestinya ingin membolehkan mereka mengenali huruf yang terdapat di papan kekunci.

Setelah itu, kesemua para pelajar perlu memahami kaedah menaip mengikut tutorial pembelajaran yang terdapat dalam Dance Mat Typing. Pengurus PEDi mengarahkan para pelajar supaya menggunakan kedua-dua tangan dalam usaha mengenali huruf yang terdapat pada papan kekunci. Kelas menaip asas ini amat sesuai dengan golongan kanak-kanak khususnya di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah dalam usaha untuk mempelajari ilmu asas menaip menggunakan papan kekunci.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.