dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Pengenalan Multimedia Canva Siri Kedua

2 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Sesi pengajaran kelas multimedia Canva bersama Tuan Haji Maarof telah dijayakan pada 1 Mac 2022 iaitu pada hari selasa. Kelas pada kali ini lebih ditumpukan dengan penerangan secara lebih menyeluruh mengenai aplikasi multimedia Canva bermula dengan daftar akaun Canva terlebih dahulu. Berbanding kelas sebelumnya yang hanya memaparkan konsep asas mengenai Canva sahaja, namun sesi pengajaran ini Tuan Haji Maarof akan diajar langkah demi langkah dalam usahanya untuk memahami Canva. Kelas yang memasuki siri kedua ini berlangsung pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 iaitu selama dua jam.

Setelah melakukan pendaftaran masuk melalui akaun emel Tuan Haji Maarof, beliau telah diajar mengenai paparan yang terdapat di dalam Canva melalui jenis-jenis rekaan seperti Cover Book, Facebook Post dan slaid pembentangan. Sesudah itu beliau diajar mengenai cara memuat naik gambar di dalam komputer untuk dimuatkan ke dalam Canva, pemilihan tulisan, saiz fon, susunan perenggan sehingga pencarian kata kunci bagi sesuatu rekaan. Pengurus PEDi menggalakkan beliau untuk menaik taraf penggunaan akaun Canva ini dengan membeli aplikasi Canva Pro yang terdapat di dalam Shopee. Hal ini bagi membolehkan beliau mempunyai lebih banyak pilihan dari sudut rekaan dengan pembelian harga yang amat berpatutan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.