dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Pengenalan Multimedia Canva Siri Pertama

22 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas asas pengenalan multimedia canva untuk siri yang pertama telah diadakan bersama Tuan Haji Maarof. Kelas kedua berkonsepkan multimedia ini dijalankan setelah Tuan Haji Maarof selesai memahami kelas Microsoft Word melalui beberapa siri yang diadakan. Walau bagaimanapun, pada permulaan kelas multimedia canva ini hanya merangkumkan tentang pengenalan asas sahaja terlebih dahulu tanpa pergi secara lebih mendalam. Kelas asas ini dijalankan selama satu jam bermula 3.00 petang sehingga 4.00 petang di Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai.

Aplikasi multimedia canva ini ingin diajarkan oleh pengurus PEDi kepada Tuan Haji Maarof disebabkan aplikasi ini sememangnya amat mudah untuk difahami bagi tujuan membuat sesuatu rekaan atau lukisan. Memandangkan Tuan Haji Maarof seorang yang gemar kepada reka bentuk lukisan dan gambar, maka aplikasi Canva ini menjadi medan yang amat sesuai untuk beliau pelajari. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi menerangkan secara ringkas dengan cara mendaftar masuk terlebih dahulu kemudiannya disusuli dengan paparan beberapa template mengikut pilihan dan tajuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.