dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Canva Membuat Deskripsi Produk Makanan

10 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Hairul Rizah binti Masdar melalui kelas canva yang dijalankan pada 9 Disember 2022. Kelas ini diadakan adalah untuk membantu beliau membuat deskripsi produk makanan berasaskan pau sambal yang diusahakan oleh pihak koperasi. Beliau merupakan Setiausaha Koperasi Iltizam Mukim Serkat Pontian Berhad (KIMS). Oleh yang demikian, beliau telah dibimbing oleh pengurus PEDi untuk membuat deskripsi produk yang diusahakan oleh pihak koperasi bagi tujuan pembentangan.

Beliau menginginkan deskripsi sedemikian bagi mengetengahkan produk keusahawanan KIMS kepada pihak ANGKASA. Justeru, beliau telah dibimbing dengan kaedah memasukkan produk Pes Sambal ke dalam akaun Canva serta penerangan mengenai elemen-elemen di dalam aplikasi berkenaan. Beliau menginginkan corak berasaskan Sticker dengan saiz landskap yang bersesuaian. Kelas bimbingan ini dijalankan pada jam 3.00 petang dan selesai kira-kira jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.