dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip Dance Mat Typing Siri Kelima Tahun 2022

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2022 bersamaan hari sabtu telah berlangsungnya kelas menaip Dance Mat Typing siri yang kelima. Kelas ini dihadiri oleh adik Muhammad Rayqal Zahin Amsyar bin Abdullah, Muhammad Aryan Zihni Awam bin Abdullah serta adik Muhamad Faiz bin Mohd Faizul. Ketiga-tiga mereka telah hadir bilik latihan PEDi Tanjung Piai pada jam 2.30 petang untuk dimulakan kelas dan berakhir sepenuhnya pada jam 4.30 petang. Melalui siri kelas yang diadakan pada kali ini, kesemua mereka diajar untuk bermula dari awal iaitu bermula dari level 1 sehingga ke peringkat seterusnya. Hal ini demikian kerana, mereka ingin memahirkan jari jemari mereka lagi tambahan adik Muhamad Faiz juga merupakan pelajar baru.

Kelas ini dimulakan seperti biasa dengan para pelajar ditunjuk menggunakan papan kekunci dengan betul iaitu meletakkan kedua-dua tangan pada huruf yang tertera di skrin komputer. Kemudian, Pengurus PEDi mengarahkan mereka agar mengikuti setiap arahan yang telah ditetapkan agar mereka tidak salah dalam memahami pembelajaran ketika di kelas. Kesemua mereka menunjukkan minat yang tinggi terhadap kelas ini disebabkan paparan animasi yang pelbagai sesuai dengan jiwa mereka di samping suasana persekitaran pembelajaran yang amat kondusif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.