dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui Akaun Ezbiz Bersama Pak Ajib Minimart

31 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen SSM melalui akaun Ezbiz telah dijalankan bersama usahawan yang dikenali di mukim Serkat iaitu Pak Ajib. Pak Ajib atau nama sebenarnya Mohd Najib bin Abdul Hamid merupakan usahawan yang mempunyai kedai mini menjual pelbagai aneka makanan dan minuman runcit di Pekan Serkat. Oleh yang demikian, beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 30 Ogos bersamaan hari selasa bagi menyiapkan lesen SSM milik beliau. Hal ini demikian kerana, kedai Minimart beliau telah menggunakan lesen SSM milik orang rumahnya. Justeru, beliau merasakan perlu membuka satu lagi lesen SSM menggunakan namanya sendiri bagi menjalankan beberapa aktiviti perniagaan yang lain.

Memandangkan Pak Ajib sudah mempunyai akaun Ezbiz yang aktif, maka Pengurus PEDi telah membantu beliau untuk mengisi segala butiran perniagaan termasuk kepada proses pembayaran kepada pihak SSM. Pak Ajib turut diterangkan tentang kod SSM Biz Trust yang merupakan salah satu kemudahan yang menjadi platform kepada perniagaan usahawan digital. Pak Ajib mendaftarkan lesen SSM miliknya selama 5 tahun sehingga tahun 2027 dengan nama Teguh Akasia Trading. Pendaftaran telah berlangsung selama satu jam bermula 11 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.