dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui Akaun Ezbiz Bersama Polis PGA

31 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi Tanjung Piai telah dihubungi oleh seorang kakitangan Polis PGA yang berkhidmat di Tanjung Piai iaitu Encik Mohamad Ridzuan bin Mohd Noor @ Noori untuk membuat lesen SSM milik beliau. Beliau ingin mendapatkan lesen SSM bagi membuka akaun perniagaan yang beliau bercadang untuk menubuhkannya kelak. Oleh yang demikian, beliau telah hadir pada 30 Ogos 2022 dan dibantu untuk membuka akaun Ezbiz terlebih dahulu sebelum ke peringkat janji temu.

Encik Mohamad Ridzuan berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan berusia 25 tahun. Melalui proses pendaftaran SSM ini, Encik Mohamad Ridzuan tidak layak untuk mendapatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) memandangkan tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Melalui pendaftaran ini, beliau diterangkan terlebih dahulu tentang skop lesen SSM termasuk kod SSM Biztrust. Beliau juga telah memberikan segala butiran peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu dan maklumat emel termasuk alamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.