dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan Pengarah Pejabat Negeri Johor SKMM ke PEDi Tanjung Piai

30 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Tanjung Piai telah menerima kunjungan dari Encik Mohamad Rizal bin Ahmad selaku Pengarah Pejabat Negeri Johor Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 3.30 petang dan mengadakan sesi lawatan bersama kakitangan PEDi selama lebih kurang 30 minit. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan PEDi Tanjung Piai di samping berkenal-kenalan antara Pengarah MCMC negeri dengan kakitangan PEDi. Pertemuan selama 30 minit ini memfokuskan kepada agenda berkaitan keusahawanan yang telah dijalankan oleh kakitangan PEDi Tanjung Piai semenjak pertukaran nama dari PIK ke PEDi.

Di samping itu, Encik Rizal juga meninjau keadaan persekitaran di dalam PEDi dan bertanya kepada kakitangan PEDi mengenai isu utama berkaitan kemudahan yang belum disiapkan sepenuhnya. Pengurus PEDi juga sempat menunjukkan kepada Encik Rizal mengenai carta organisasi yang memaparkan kelima-lima panel penasihat yang dilantik untuk membantu kakitangan PEDi. Setelah selesai kesemuanya, Encik Rizal dibawa untuk meninjau suasana di Bazar Cuba Try Test yang berada di perkarangan PEDi Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.