dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pembelajaran Asas Google Meet

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2022 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan merangkap penduduk di mukim Serkat iaitu Encik Sudin bin Mohamad untuk belajar kelas asas Google Meet. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 10.00 pagi untuk mempelajari aplikasi berkenaan. Hal ini memandangkan pada jam 11.00 pagi beliau akan menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak beliau yang akan dijalankan secara atas talian.

Memandangkan ini pertama kali Encik Sudin atau lebih mesra disapa sebagai Pak Din ingin bermesyuarat menggunakan platform secara atas talian, maka beliau merasakan kunjungan ke PEDi adalah jalan yang terbaik. Pengurus PEDi telah mengajar Pak Din maklumat asas apa yang diperlukan dilakukan dan elemen yang terdapat di dalam Google Meet seperti ruangan komen, jumlah penonton, paparan gambar dan video serta suara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.