dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT Menaip Dance Mat Typing Siri Ketiga

3 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT Menaip Dance Mat Typing telah memasuki siri yang ketiga diajarkan oleh Pengurus PEDi. Kelas menaip secara asas ini yang disusur galurkan dengan paparan animasi amat digemari oleh para pelajar. Tiga orang pelajar telah hadir dalam kelas ini adalah pelajar yang sama ketika mengikuti kelas menaip untuk siri yang pertama dan kedua. Melalui kelas yang sudah memasuki siri ketiga ini, para pelajar dilihat sudah agak mahir dalam mengenali huruf pada papan kekunci.

Kesemua mereka telah memasuki peringkat menaip yang agak mencabar berbanding pada peringkat awal. Pengajaran berkaitan menaip ini berlangsung selama satu jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seterusnya, para pelajar akan diarahkan untuk menjawab kuiz ICT secara digital pula berteraskan bahasa Melayu, Matematik, Islamik dan Perkakas Komputer. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan para pelajar berasa bosan ketika belajar dan diselang selikan dengan permainan kuiz digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.