dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran MyBSN Perbankan Atas Talian (Online Banking)

4 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Encik Md Fikree A Wahab merupakan seorang pengguna baru di PEDi Tanjung Piai. Beliau telah hadir untuk memohon bantuan daripada Pengurus PEDi bagi mendaftarkan perbankan atas talian miliknya melalui portal MyBSN. Sebelum mendaftarkan MySBN miliknya, beliau turut meminta untuk mengemaskinikan Bantuan (BKM) bagi dirinya yang berstatus bujang secara dalam talian. BKM ini menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah dijenamakan semula pada tahun 2022.

Melalui MyBSN ini, Encik Md Fikree akan lebih mudah untuk melihat jumlah wang yang ada di dalam akaunnya di samping ingin melakukan sebarang transaksi melibatkan pembayaran bil, pembelian top-up atau pun pemindahan wang ke akaun yang lain. Tujuan beliau ingin melakukan pendaftaran MyBSN ini adalah untuk melihat jumlah wang BKM yang sudah masuk bagi memudahkan urusannya tanpa perlu ke bank secara kerap. Pendaftaran ini berlangsung pada jam 4.30 petang dan siap sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Hal ini demikian kerana, Encik Mohd Fikree perlu mendaftaran username dan password BSNnya terlebih dahulu di samping beberapa maklumat sulit yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.