dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Hari Malaysia 2022 PEDi Tanjung Piai

25 September 2022 | Aktiviti Terkini

Program Aktiviti Hari Malaysia telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai. Program ini telah ditaja oleh MAXIS dan dikendalikan oleh kakitangan PEDi sepenuhnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan telah melibatkan seramai 50 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar tabika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan orang awam.Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Cabaran Video Tik Tok yang disertai oleh orang awam.

Pertandingan Mewarna yang bertemakan Hari Malaysia dan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Sekolah Menengah yang telah dilakukan lebih awal untuk mendapatkan undian pemenang melalui atas talian, kemudian kategori Sekolah Rendah dan kategori Tabika. Penyertaan mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang hadir hari tersebut. Selain itu, kakitangan PEDi juga menyediakan beberapa jenis kuiz secara digital untuk para peserta tabika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pelbagai input diperolehi sepanjang aktiviti dijalankan dan para pemenang mengikut kategori turut diberikan hadiah. Malahan terdapat kuiz spontan yang ajukan kepada para peserta turut mendapat sambutan secara terbuka oleh orang awam dan para pelajar yang hadir. Program berlangsung selama hamper 4 jam bemula 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.