dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pengaktifan Akaun Ezbiz SSM

24 September 2022 | Aktiviti Terkini

Puan Noraisah binti Suboh dan Puan Suriani binti Sampuro telah menghubungi Pengurus PEDi untuk dibantu bagi membuat akaun Ezbiz SSM milik mereka. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai akaun Ezbiz SSM bagi tujuan untuk keluar dari rakan kongsi dalam lesen SSM perniagaan mereka. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah menerangkan kepada mereka akan proses yang diperlukan untuk mengaktifkan akaun Ezbiz SSM masing-masing dengan kaedah pengesahan melalui panggilan video dalam aplikasi Whatsapp.

Segala butiran maklumat peribadi telah diberikan seperti kad pengenalan, lesen memandu, maklumat emel dan butiran keluarga yang lain. Segala proses berjalan dengan lancar dan hanya berlangsung secara dalam talian sahaja tanpa pertemuan secara fizikal. Mereka berdua juga diterangkan tentang akaun Ezbiz SSM ini secara menyeluruh di mana akaun sedemikian membolehkan mereka untuk memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh, mengubah maklumat perniagaan selain boleh memperolehi kod SSM BizTrust secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.