dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pengenalan Asas Canva

22 September 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas pengenalan asas Canva telah diadakan bersama adik Muhammad Nazmi Iman bin Zamzan. Kelas ini diadakan pada 21 September 2022 bersamaan hari jumaat pada jam 3.00 sehingga 4.00 iaitu selama satu jam. Adik Muhammad Nazmi pada kelas sebelumnya telah mempelajari asas mengenai Canva namun beliau mengakui belum mahir menggunakan aplikasi berkenaan. Hal ini disebabkan banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan oleh beliau menggunakan perisian secara atas talian berkonsepkan digital.

Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu beliau untuk mengenali dengan lebih dekat akan aplikasi Canva ini agar lebih mahir dan mudah untuk menyiapkan sesuatu tugasan seperti rekaan dan pamphlet. Aplikasi Canva ini juga mengandungi Power Point yang membolehkan beliau untuk menggunakannya bagi tujuan menyiapkan sesuatu slaid. Secara tidak langsung membolehkan beliau mengenali akan keboleupayaan Canva secara menyeluruh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.