dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM Melalui Akaun Ezbiz

11 September 2022 | Aktiviti Terkini

Encik Mohd Nor Hazam bin Md Jaiz merupakan penghulu di Mukim Api-Api Pulai Sebatang Pontian. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 4.00 petang bagi tujuan pembaharuan lesen perniagaan milik kawasan nelayannya. Beliau mengetahui akan hebahan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Tanjung Piai mengenai sijil SSM ini melalui hebahan poster dalam kumpulan Whatsapp. Memandangkan Encik Nor Hazam sudah mempunyai akaun Ezbiz SSM maka adalah mudah bagi pihak Pengurus PEDi untuk membantunya.

Beliau ingin memperbaharuinya selama tiga tahun dengan kadar bayaran sebanyak RM 190.00 namun ditambah dengan denda atas kelewatan pembaharuan maka nilainya menjadi RM 270.00. Pembaharuan secara atas talian ini berjalan dengan pantas dengan mudah tanpa perlu ke pejabat SSM atas faktor jarak. Secara tidak langsung membolehkan Tok Hazam menghebahkan ke komuniti setempat di kawasannya akan perkhidmatan di PEDi Tanjung Piai sekiranya ada yang memerlukan bantuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.