dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Membuat Pamphlet Menggunakan Aplikasi Canva

27 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah mengajar dua orang pelajar Tingkatan 4 iaitu adik Muhammad Nazmi Iman bin Zamzan dan Muhammad Zikri bin Rahim untuk mempelajari kelas membuat pamphlet menggunakan Canva. Mereka berdua belum mengetahui akan aplikasi Canva sebelum ini dan perkara ini membolehkan mereka mempelajarinya di PEDi Tanjung Piai. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Mereka ingin membuat pamphlet berkaitan dengan produk khasiat makanan dalam subjek Sains Rumah Tangga (SRT).

Oleh yang demikian, mereka telah diajar untuk mendaftarkan emel mereka ke akaun Canva sebagai panduan asas terlebih dahulu. Memandangkan aplikasi Canva ini mudah diakses dan percuma, maka kedua-dua mereka diterangkan tentang simbol dan panduan yang terdapat di dalam aplikasi berkenaan. Seterusnya mereka diarahkan untuk memilih pamphlet mengikut cita rasa dan warna kegemaran masing-masing. Setelah selesai memilih rekaan, barulah mereka boleh memasukkan segala data yang diperlukan sebelum dimuat turun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.