dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Multimedia Canva Siri Kelima

25 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas asas multimedia canva untuk siri kelima bersama Tuan Haji Ma’arof kembali diadakan pada 24 April 2022 bersamaan hari ahad. Kelas ini dijalankan selama satu jam iaitu bermula pada jam 11 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Melalui kelas ini, Pengurus PEDi mengajar Tuan Haji Ma’arof tentang cara untuk membuat kad ucapan berkonsep raya secara digital. Kaedahnya sama seperti yang beliau buat sempena ucapan bulan Ramadan.

Setelah memilih rekaan bentuk yang beliau minati, beliau terus membuat ucapan dan memasukkan gambar yang beliau gemari. Pengurus PEDi hanya memberi tunjuk ajar sekiranya perlu memandangkan Tuan Haji Ma’arof dilihat sudah mahir menggunakan aplikasi Canva. Kad ucapan digital raya ini diperlukan untuk Tuan Haji Ma’arof sebagai ucapan kepada sahabat handai dan saudara mara yang mengenalinya sempena lebaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.