dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Ketiga Belas

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang usahawan iaitu Puan Nur Syazwani Adzlyza binti Nor Azman untuk mendaftarkan lesen SSM miliknya melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Beliau merupakan seorang jururawat yang berkhidmat di Klinik Desa Kampung Baru, Penerok. Selain menjadi kakitangan kerajaan beliau juga menjalankan aktiviti perniagaan secara sampingan iaitu dengan menjual air susu keluaran Farm Fresh serta beberapa aneka makanan yang lain. Oleh yang demikian, beliau ingin lesen SSM bagi tujuan untuk memohon bantuan berkaitan keusahawanan khususnya dari pihak TEKUN dan AIM.

Segala urusan pendaftaran hanya melalui aplikasi Whatsapp sahaja dan beliau memberikan segala maklumat butiran peribadi sebagai langkah awal untuk pendaftaran akaun Ezbiz. Pendaftaran di peringkat permulaan ini hanya berlangsung selama setengah sahaja sehingga proses membuat janji temu bersama pegawai SSM melalui video call Whatsapp. Secara tidak langsung membolehkan Puan Nur Syazwani didaftarkan sebagai ahli di PEDi Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.