dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Shopee Bersama Usahawan Bahulu Tanjung Piai

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas asas Shopee bersama usahawan baru di PEDi Tanjung Piai telah dijalankan dengan jayanya pada hari sabtu bersamaan 22 Januari 2022. Kelas pada kali ini dihadiri oleh Puan Hasmah binti Abd Razak yang berasa tertarik untuk belajar pemasaran digital melalui platform Shopee yang dikelolakan oleh kakitangan PEDi. Beliau merupakan usahawan yang menjual kuih tradisional bahulu sebagai produk utama selain kuih-kuih yang lain sebagai sampingan pendapatan. Menurut beliau, kaedah pemasaran yang beliau jalankan selama ini hanya menggunakan status Whatsapp dan aplikasi Facebook sahaja. Oleh yang demikian, setelah mendapat penerangan dari ikon usahawan PEDi Tanjung Piai untuk mencuba kaedah pemasaran baru iaitu Shopee, beliau merasakan ini adalah peluangnya bagi mengembangkan lagi produk perniagaannya.

Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Tanjung Piai selama dua jam bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Ketika di kelas, beliau mengatakan bahawa beliau hanya tahu mengenai aplikasi Shopee sebagai seorang pengguna sahaja tetapi bukan sebagai seorang peniaga. Justeru, kakitangan PEDi telah menerangkan kepada beliau supaya mendaftar masuk sebagai peniaga baru melalui Shopee Seller Centre terlebih dahulu. Kemudiannya, beliau diterangkan secara ringkas mengenai sistem lain yang terdapat di dalam Shopee. Perkara ini bagi membolehkan beliau mengenali terlebih dahulu mengenai Shopee sebelum meneruskan kepada langkah demi langkah yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.