dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Dua

16 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Dua kembali dijalankan di PEDi Tanjung Piai bersama Puan Norazrin binti Ab. Ghani. Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara mengurut dari rumah ke rumah dan berasal dari Kampung Chokoh. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 15 Oktober bersamaan hari sabtu pada jam 4.00 petang. Beliau menginginkan lesen SSM sebagai langkah awal untuk membuka akaun perniagaannya kelak.

Beliau diterangkan mengenai satu skim iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang masa kini sedang giat dijalankan oleh pihak SSM. Melalui SPPP ini juga membolehkan Puan Norazrin menikmati pengecualian fi seandainya berkelayakan. Di samping itu, beliau diterangkan tentang proses janji temu yang telah ditetapkan oleh pihak SSM. Tujuannya adalah untuk pengesahan identiti sebelum diteruskan ke proses yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.