dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Teka Silang Kata Kemerdekaan Secara Digital

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Teka Silang Kata Kemerdekaan secara digital telah diadakan dengan jayanya di PEDi Tanjung Piai pada 19 Ogos 2022 iaitu pada hari jumaat. Kuiz ini diadakan menggunakan Tab yang telah dibekalkan oleh pihak MCMC. Seramai 4 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Serkat telah hadir iaitu adik Muhammad Firdhaus bin Rohaizam, Muhammad Nur Fajar bin Fuad, Muhamad Nor Fahadeen bin Fuad dan Arman Hairiz bin Ahmad. Kakitangan PEDi Tanjung Piai telah mencipta kuiz kemerdekaan secara digital menggunakan kaedah word wall.

Sebanyak 25 buah soalan telah dicipta dan para pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan setiap soalan yang diberikan. Memandangkan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 10 hingga 11 tahun maka soalan yang diberikan adalah bersesuaian dengan fahaman mereka. Kuiz kemerdekaan ini bukan sahaja mengingatkan kembali sejarah kemerdekaan buat diri para pelajar berkenaan akan tetapi memperkenalkan kemudahan tab yang termasuk dalam salah satu perkhidmatan baru di PEDi. Kuiz kemerdekaan ini berlangsung selama setengah jam dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.