dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Satu

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen perniagaan SSM melalui SPPP telah memasuki siri yang kedua puluh satu dikelolakan di bawah Pengurus PEDi. Melalui edisi kali ini, Puan Salimah binti Abdullah telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk membuat lesen SSM milik beliau. Beliau yang merupakan penduduk di Kampung Perpat Timbul merupakan seorang peniaga kedai makan yang terletak berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Beliau telah hadir dengan membawa segala dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan butiran maklumat peribadi yang lain. Puan Salimah juga telah diterangkan secara terperinci mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin ini yang selama ini belum beliau ketahui. Pengurus PEDi juga telah menerangkan kepada beliau tentang konsep janji temu dan Kod QR SSM BizTrust. Temu janji beliau telah diaturkan pada 29 Ogos 2022 iaitu pada hari isnin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.