dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Keenam Belas

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Sesi pendaftaran bagi lesen perniagaan SSM secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah diteruskan dengan kali ini kepada Puan Nur Falika binti Ab Wahab. Beliau merupakan seorang usahawan yang tinggal di daerah Klang, Selangor. Beliau mengetahui akan kewujudan SPPP ini melalui hebahan yang dilakukan oleh Pengurus PEDi melalui aplikasi Whatsapp. Hebahan demi hebahan yang dilakukan telah membuatkan Puan Falika berasa tertarik untuk membuat SSM bagi perniagaannya meskipun berada jarak yang terlalu jauh dari PEDi Tanjung Piai.

Langkah awal yang diminta adalah dengan mengemukakan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak dan gambar bersama kad pengenalan. Seterusnya, beliau diminta untuk memberikan Username dan Password serta nama emel peribadi untuk didaftarkan. Setelah selesai pendaftaran beliau diarahkan untuk memilih tarikh temu janji bersama pegawai SSM bagi tujuan pengesahan identiti sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.