dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Blueprint Bisnes eCommerce

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Webinar yang bertajuk Blueprint Bisnes eCommerce telah berlangsung pada 16 Julai 2022 bersamaan hari sabtu. Webinar ini dianjurkan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority dan pihak Easy Store. Webinar ini berlangsung selama dua jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari menggunakan aplikasi Zoom. Encik Amirul Mokhtar telah menjadi panel pada webinar berkenaan dan merupakan pelatih eCommerce, Easy Store. Beliau ditemani oleh Encik Marzuqi Said yang bertindak selaku moderator.

Webinar ini sememangnya memfokuskan kepada beberapa intipati utama iaitu (Be an expert), (Create a Business), (Full Funnel Marketing Strategy) dan (Growth). Perkongsian webinar ini sememangnya amat menarik memandangkan Encik Amirul bukan sahaja menerangkan tentang blueprint yang diperlukan di dalam sesuatu perniagaan tetapi apa yang lebih utama adalah pengenalan kepada Easy Store. Beliau turut mengajar kaedah yang mudah untuk menciptakan Easy Store khususnya kepada para usahawan yang belum mengetahuinya. Webinar ini bukan sahaja bagus untuk usahawan di era digital bahkan menjadi platform terbaik bagi usahawan baru yang ingin memulakan sesuatu perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.