dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM Bersama Ikon Usahawan PEDi

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Sesi pembaharuan lesen perniagaan SSM melalui akaun Ezbiz telah diadakan dengan jayanya bersama ikon usahawan PEDi iaitu Puan Noraini binti Mohammad. Puan Noraini merupakan antara usahawan awal yang mendapat pengeculian fi melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Setelah menikmati kemudahan yang diberikan selama setahun, maka Puan Noraini ingin memperbaharui lesen perniagaan beliau yang telah tamat tempoh pada bulan Jun yang lalu. Melalui pembaharuan pada kali ini, Puan Noraini perlu membayar sebanyak RM 70.00 kepada pihak SSM memandangkan perniagaan beliau sebelum ini didaftarkan atas pemilihan Trade Name.

Pembaharuan ini tidak mengambil masa yang terlalu lama iaitu hanya sekitar setengah jam sahaja. Bermula dengan log masuk ke akaun Ezbiz beliau yang sedia ada kemudian memilih untuk memperbaharui atas nama sendiri. Kemudian, memasukkan nombor pendaftaran perniagaan yang sedia ada dan paparan jumlah akan dipaparkan secara automatik. Akaun Ezbiz ini amat penting bagi tujuan memudahkan proses pembaharuan tanpa perlu ke cawangan SSM yang berdekatan. Puan Noraini telah memperbaharui lesen SSM beliau selama setahun tahun sehingga 15 Julai 2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.