Kelas Pendaftaran SSM Melalui SPPP Siri Kesepuluh
17 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2022 bersamaan hari sabtu, Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu dua orang usahawan selaku suami isteri iaitu Encik Mohd Faizul bin Kasim serta isterinya Puan Nur Syazwani Adzlyza binti Norazman. Mereka berdua telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk meneruskan sesi pendaftaran lesen perniagaan SSM mereka setelah selesai pelaksanaan panggilan video melalui whatsapp bersama pegawai SSM. Oleh yang demikian, mereka diminta untuk memberikan butiran-butiran peniagaan yang mereka jalankan bagi memudahkan proses pelancaran dilakukan.
Pendaftaran SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini telah memasuki edisi yang kesepuluh dikelolakan di bawah PEDi Tanjung Piai. Tujuannya tidak lain hanya memudahkan para usahawan khususnya kelompok B40 bagi memperolehi lesen perniagaan secara percuma tanpa sebarang bayaran. Sesi ini berlangsung selama satu jam iaitu pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Encik Mohd Faizul bersama isterinya merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan susu iaitu Farm Fresh dan beberapa produk berasaskan makanan yang lain. Perniagaan mereka didaftarkan dengan nama Faiz Fitri Mart.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: