dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Shopee Bersama Usahawan Baru PEDi Tanjung Piai 2022

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Shopee bersama Puan Hasmah Abd Razak selaku usahawan keempat PEDi Tanjung Piai pada tahun 2022 kembali diadakan pada 16 April 2022 iaitu pada hari sabtu. Puan Hasmah telah menghadiri kelas Shopee yang dianjurkan oleh PEDi Tanjung Piai pada 22 Januari 2022 yang lalu. Namun pada kali ini, beliau lebih banyak diajar mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam aplikasi Shopee melalui paparan Shopee Seller Centre. Memandangkan Puan Hasmah agak lama tidak menghadiri kelas Shopee yang dianjurkan oleh kakitangan PEDi Tanjung Piai, maka Penolong Pengurus kembali menerangkan dari peringkat awal berkaitan Shopee.

Kelas ini diadakan pada jam 2.30 petang dan berakhir sepenuhnya pada jam 4.30 petang. Puan Hasmah diajar untuk memasukkan produk perniagaannya ke dalam Shopee melalui bantuan Penolong Pengurus PEDi. Puan Hasmah bercadang untuk memasukkan produk yang beliau jual iaitu bahulu, kerepek dan rempeyek terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, beliau mengakui masih belum mahir tentang selok-belok Shopee akan tetapi tetap memberanikan diri untuk mencuba menjual di platfom berkenaan. Pada sesi akhir kelas, beliau memilih untuk meletakkan nama perniagaan beliau di Shopee adalah Tradisional Tanjung Desa Piai. Ikonik nama Tanjung Piai amat digalakkan bagi membolehkan para pengguna di Shopee tahu akan produk yang terdapat di Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.