dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Janji Temu Pembaharuan Visa

15 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2022 bersamaan hari isnin, Puan Jumiati telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu bagi permohonan janji temu visa miliknya. Oleh yang demikian, pengurus PEDi telah membantu beliau dengan kaedah daftar masuk ke laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan janji temu. Permohonan janji temu ini berlangsung selama setengah jam sahaja memandangkan kesemua dokumen dan maklumat peribadi yang dibawa oleh Puan Jumiati telah disediakan dengan jayanya.

Puan Jumiati tinggal di pekan Serkat dan merupakan warganegara asal Indonesia dari Kepulauan Riau. Beliau bekerja sebagai pembantu di kedai makan berdekatan dengan PEDi Tanjung Piai. Temu janji beliau akhirnya berjaya dilakukan iaitu pada 31 Mac 2022 jam 9 pagi. Pembaharuan visa ini amat penting bagi dirinya memandangkan beliau perlu mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.