dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui SPPP Siri Kesebelas

8 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran lesen perniagaan SSM Melalui SPPP telah memasuki siri kesebelas yang dikelolakan oleh PEDi Tanjung Piai. Melalui edisi pendaftaran pada kali ini, Encik Mohd Sukeri bin Othman telah menghubungi Pengurus PEDi untuk membantunya dalam kelancaran proses pendaftaran lesen SSM miliknya. Encik Mohd Sukeri merupakan seorang operator pengeluaran di Pontian akan tetapi pada masa yang sama beliau juga merupakan usahawan bengkel yang menjalankan kerja-kerja membaik pulih kenderaan khususnya motorsikal.

Beliau ingin mendaftarkan SSM perniagaannya bagi tujuan memohon sebarang jenis bantuan sekiranya layak dan memastikan perniagaannya sah di sisi undang-undang. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah meminta beliau menyediakan segala butiran maklumat peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu dan gambar bersama kad pengenalan. Segala urusan pendaftaran dilakukan melalui Whatsapp sahaja sehingga pemakluman butiran janji temu dengan pegawai SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.