dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui Akaun Ezbiz

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari jumaat jam 3.00 petang, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan yang tinggal di kawasan Tanjung Piai iaitu Puan Zubaidah binti Juhaipar untuk mendaftar lesen SSM secara dalam talian. Beliau merupakan usahawan kedai makan Asam Pedas Edaman di Tanjung Piai. Beliau ada menghubungi Pengurus PEDi untuk bertanyakan tentang perkhidmatan mengenai SSM yang dijalankan di PEDi. Oleh yang demikian, beliau ingin membuka satu lesen perniagaan peribadi milik beliau menggunakan nama sendiri.

Selain menerangkan tentang proses awal dalam membuat lesen SSM, Puan Zubaidah telah diterangkan mengenai konsep awal iaitu berkaitan dengan janji temu terlebih dahulu. Hal ini penting bagi membolehkan Puan Zubaidah mengaktifkan akaun perniagaan SSM beliau terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Memandangkan konsep janji temu hanya menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja maka adalah mudah bagi Puan Zubaidah untuk melaksanakannya tanpa perlu ke cawangan SSM di Johor.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.