dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Word (Surat Berhenti Kerja)

9 November 2022 | Aktiviti Terkini

Encik Mohd Faizal bin Sohot telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 8 November 2022 bersamaan hari selasa. Kedatangan beliau adalah untuk meminta Pengurus PEDi mengajar beliau tentang kaedah membuat surat berhenti kerja mengikut format yang betul. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah mengajarkan beliau membuat surat berhenti kerja menggunakan Microsoft Word. Bermula dengan meletakkan nama majikan diikuti dengan nama sendiri selaku pekerja di syarikat berkenaan dan tarikh.

Kemudian, beliau perlu menaip ayat yang sesuai mengikut kehendak beliau untuk mengemukakan asbab dan alasan berhenti kerja. Tunjuk ajar yang diberikan adalah bermula dari jam 9.30 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 10.30 pagi. Selain dapat menyiapkan surat berhenti kerja beliau, Encik Mohd Faizal juga diterangkan tentang peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi secara amnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.