dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pengajaran Multimedia Aplikasi Canva

8 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Siti Fatimah binti Abdullah untuk membuat poster berkaitan produk perniagaannya iaitu berasaskan urutan. Beliau ada menghubungi pengurus PEDi secara dalam talian dan mengatakan ingin membuat satu poster bagi tujuan pengiklanan dan pembuktian perniagaan. Oleh yang demikian, beliau telah dibantu menggunakan aplikasi Canva secara dalam talian menggunakan Whatsapp sahaja.

Pengajaran yang diberikan adalah berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat di dalam Canva dan pemilihan mengenai poster yang berkaitan urutan secara percuma. Tempoh pengajaran berlangsung selama satu jam bermula jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bersama beliau. Akhirnya, Puan Siti Fatimah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mak CT berjaya diajar menyiapkan poster berkaitan urutan. Nama perniagaan beliau adalah Home Spa Jamari Mk Ct.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.