dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Roti Dan Bagaimana Menjana Income Dari Rumah

13 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Roti dan Bagaimana Menjana Income Dari Rumah telah diadakan dengan jayanya pada 12 Ogos 2022 bersamaan hari jumaat. Kelas ini telah dihadiri seramai 20 orang dalam kalangan usahawan yang bernaung di bawah mukim Serkat, 3 kakitangan PEDi serta 4 orang tenaga pengajar dari pihak Amway. Kelas ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari yang berlangsung di bilik latihan PEDi Tanjung Piai. Penyertaan usahawan terhadap kelas ini mendapat sambutan yang ramai namun kakitangan PEDi hanya menghadkan seramai 20 orang sahaja atas faktor ruang dan keselesaan.

Kelas ini dimulakan dengan penerangan asas tentang kaedah bahan-bahan membuat roti, aksesori roti dan teknik pembakarannya. Tenaga pengajar juga telah menyediakan segala resepi dan bahan untuk diajar dan diberikan kepada para usahawan yang hadir. Selain telah memberikan fokus yang penuh ketika sesi pengajaran diadakan, majoriti para usahawan turut meminta agar kelas sebegini dapat diadakan lagi secara kerap pada mendatang. Akhiran kelas, pihak kakitangan menyediakan cenderahati dan sijil sebagai tanda penghargaan di samping sesi bergambar kepada semua usahawan dan tenaga pengajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.