dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran SSM Melalui SPPP Siri Kelapan Bersama Usahawan Panipuri

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas pendaftaran SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bersama usahawan baru di PEDi Tanjung Piai telah memasuki siri yang kelapan. Pada kali ini, kelas ini diadakan khas atas permintaan Puan Noormaliza binti Yusof yang tinggal di Kampung Sungai Durian untuk mendaftarkan lesen perniagaan bagi pihak dirinya. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 12 Februari 2022 bersamaan hari sabtu jam 3.00 petang. Kelas pendaftaran ini berlangsung selama satu jam sahaja dan segala dokumen yang diperlukan telah disediakan oleh Puan Noormaliza dengan jayanya.

Puan Noormaliza merupakan seorang usahawan yang menjual makanan berupa panipuri iaitu salah satu jenis makanan yang popular di Pakistan dan India. Melalui kenyataan beliau, keunikan panipuri ini amat memberangsangkan dalam penerimaan pelanggannya disebabkan jarang dijumpai atau pun belum ada yang pernah merasainya. Oleh yang demikian, beliau ingin mendaftarkan perniagaan panipurinya melalui SSM agar membolehkan dirinya mendapatkan apa-apa jenis bantuan atau geran yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Nama perniagaan beliau didaftarkan dengan nama Aryan Zihni Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.