dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran SSM Melalui SPPP Siri Kesembilan

12 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas pendaftaran SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah memasuki siri kesembilan yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Tanjung Piai. SPPP yang merupakan satu inisiatif di bawah pihak SSM ini amatlah bersesuaian kepada golongan yang memerlukan lesen perniagaan secara percuma khususnya usahawan B40. Oleh yang demikian, Puan Asiah binti Abiden yang merupakan penduduk Tanjung Piai ingin meminta bantuan Pengurus PEDi bagi membolehkan perniagaan beliau didaftarkan melalui SSM. Bermula dengan pendaftaran akaun di portal Ezbiz terlebih dahulu, kemudiannya Pengurus PEDi meminta kesemua dokumen peribadi milik beliau untuk dimuat naik secara atas talian.

Walau bagaimanapun, Puan Asiah perlu membuat sistem janji temu terlebih dahulu melalui panggilan video Whatsapp. Sesudah selesai janji temu melalui panggilan video bersama pegawai SSM, barulah Puan Asiah dibenarkan ke langkah yang seterusnya. Bermula dengan kemasukan data perniagaan sehingga pemakluman kelulusan bukti penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan akhirnya menuju fasa kelulusan. Puan Asiah Abiden merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan makanan dan minuman seperti makanan bergoreng dan air buah-buahan. Nama perniagaan beliau melalui SSM didaftarkan dengan nama Miza & Finaz Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.