dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Asas Pengenalan Pembukaan Akaun E-Dagang (Shopee)

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2021, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu usahawan utama kami iaitu Puan Noraini Mohamad untuk membuka platfom akaun Shopee. Aktiviti pengajaran ini dilakukan di rumah kediaman usahawan kami yang terletak berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti. Pengajaran pembukaan akaun ini berlangsung pada sekitar jam 3 petang sehingga 5 petang. Tujuannya pembukaan akaun ini bagi membolehkan, usahawan kami mula berjinak-jinak dan mempelajari asas pembukaan akaun Shopee pada peringkat permulaan. Pembukaan akaun Shopee di telefon pintar milik beliau ini juga adalah amat penting bagi mengetengahkan barang perniagaannya ke dalam platform E-Dagang. Secara tidak langsung membolehkan beliau mencuba sesuatu benda yang baru untuk teknik penjualan selain mempromosikannya di Facebook dan Whatsapps.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.