dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Pembaharuan Lesen Memandu Secara Atas Talian Melalui Portal MYEG

7 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2021, Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang ahli yang berdaftar di bawah PIK untuk memperbaharui lesen memandunya secara dalam atas talian. Beliau ialah Cik Fatin Atikah Hamzah yang merupakan penduduk dari Tanjung Piai dan bekerja sebagai seorang kerani timbang di kawasan Belokok, Telok Kerang Pontian. Beliau telah menghubungi pengurus PIK untuk memberikannya tunjuk ajar dan membimbingnya untuk memperbaharui lesen memandu beliau. Hal ini demikian kerana, beliau berasa sukar untuk ke kaunter JPJ memandangkan waktu kerjanya yang agak tidak fleksibel. Oleh itu, Pengurus PIK Tanjung Piai telah mendaftarkannya dalam portal MyEg dengan cara mendaftarkan akaun pengguna terlebih dahulu. Seterusnya diikuti dengan langkah-langkah dengan pengisian maklumat peribadi, gambar dan terakhirnya kaedah pembayaran. Beliau akhirnya memperoleh salinan lesen memandu secara sementara yang diterima melalui emel disebabkan proses penghantaran lesen memakan masa sehingga 5 hari bekerja. Pendaftaran melalui portal berkenaan berlangsung selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.