dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran SSM Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Siri Keenam

19 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kembali mendapat sambutan apabila seorang usahawan yang tinggal di sekitar kawasan PIK Tanjung Piai telah hadir untuk mendaftarkan lesen perniagaannya secara percuma di portal Ezbiz SSM. Beliau ialah Encik Muhammad Raziz Mohd Radi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ajib telah dibantu sepenuhnya oleh Pengurus PIK pada hari isnin iaitu 18 Oktober. Pendaftaran SSM melalui SPPP ini telah memasuki siri keenam yang dikelolakan oleh Pengurus PIK.

Pendaftaran SSM pada kali ini berlangsung pada waktu petang pada jam 4.00 petang dan selesai sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Pertemuan diadakan secara fizikal namun tetap mematuhi proses operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Beliau telah dibantu dari segenap sudut meliputi dokumen kad pengenalan, nama perniagaan, maklumat perniagaan, bukti kelulusan BPR sehingga pencarian kata kunci untuk senarai nama barangan. Encik Muhammad Raziz menjalankan perniagaan menjual baju terpakai termasuk juadah makanan secara kecil-kecilan. Akhiran, nama perniagaan beliau telah dinamakan sebagai Sundeath Legacy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.